RSS

WeLcOmE To My PaGe

ICE Here

My Life Is a My Story

My Life Is a My Story

Mas Kawin??? Adakah Ia Membebankan Lelaki??


Salam, Moshi moshi! Sawatdeekha! ....

Kali ni aku nak tulis pasal kahwin. Haaa!!! Korunk mesti suka kalau cakap pasal kahwin kan! kan! kan!. Aku nak tulis pasal mas kahwin. Ta lama dulu, isu kenaikan mas kahwin diuar-uarkan di media. Lelaki dan perempuan masing-masing bergaduh pasal isu ni yang ta pernah sudah. Sebab itu lah aku tulis blog ni. ....

Apabila seseorang berhasrat untuk berkahwin, seseorang itu haruslah bersedia dari segi mental, fizikal, emosi dan prasarana seperti rumah. Di dalam Islam, disunatkan untuk tidak tinggal bersama dengan ibu bapa selepas mendirikan rumah tangga kerana bagi mengelakkan campur tangan ibu bapa dalam hal rumah tangga. ....

Sebenarnya isu mas kahwin atau rendah telah dibangkitkan sejak zaman Khalifah Umar. Ketika itu mas kahwin terlalu tinggi hingga menyebabkan ramai pemuda yang tidak mampu untuk berkahwin. Kemudian Sayidina Umar bercadang membuat dasar supaya mas kahwin direndahkan.....

Cadangan Khalifah Umar dibantah oleh seorang wanita yang mengatakan, mas kahwin itu hak wanita. Lalu dibacakan sepotong ayat al Quran yang bermaksud, “Berikanlah kepada orang- orang perempuan itu mas kahwin mereka. Jika wanita itu baik hati, mahu merelakan sebahagian daripadanya, makanlah olehmu dengan baik dan senang.” Surah an Nisa’....
Sebaik Saidina Umar mendengar ayat tersebut, beliau akhirnya akur dan membatalkan niatnya untuk mengadakan dasar merendahkan mas kahwin. Walaupun mas kahwin adalah hak wanita dan mereka berhak menentukan jumlahnya namun yang paling rendah adalah yang paling berkat.....

Hadis Nabi s.w.t “Sebaik-baik mas kahwin ialah yang lebih rendah.” (Riwayat Abu Daud)....
Allah telah memberikan wanita hak untuk menentukan nilai mas kahwin atau maharnya mengikut kehendak hatinya. Bagi orang yang faham tentang agama secara mendalam dan falsafah perkahwinan mereka akan menerimanya dengan hati terbuka.....
Pada zaman yang serba moden ini tidak hairanlah wanita meletakkan mas kahwin terlalu tinggi kerana peningkatan taraf hidup dan nilai duit yang semakin mengecil. Andai kata dinaikkan seribu ringgit pun tidak banyak barang berharga yang boleh kita beli. Janganlah kita ketat sangat hingga tidak boleh menerima perubahan.....

Dalam menentukan mas kahwin, ia haruslah bersandarkan kepada usul fiqh supaya sesuai dengan keadaan. Mas kahwin adalah hak wanita yang perlu dibayar oleh lelaki sebagaimana disebutkan di dalam al Quran. Tidak pernah berlaku di dalam zaman Rasulullah mahupun sahabat perkahwinan dilangsungkan tanpa mas kahwin. Mengenai kadarnya tidak ditentukan.....
Pada zaman Rasulullah pernah berlaku apabila seorang pemuda ingin berkahwin tetapi tidak mampu untuk menyediakan apa-apa sebagai mas kahwin. Lelaki itu hanya tahu membaca al Quran. Maka Rasulullah meminta lelaki itu mengajarkan ayat-ayat al Quran itu kepada isterinya sebagai mahar perkahwinan. Dalam hal ini, ia memerlukan pemahaman yang mendalam dan peka dengan keperluan semasa supaya mas kahwin itu tidak dipersendakan.....
Di Malaysia, mas kahwin antara anak dara dan janda adalah berbeza nilainya. Di dalam soal kahwin, tiada nas yang menetapkan, mas kahwin janda separuh dari mas kahwin anak dara. Tiada satu ayat pun di dalam al Quran menyebut tentang perbezaan itu. Hanya disebut di dalam al Quran ialah jika anak dara ingin berkahwin ditentukan oleh walinya tetapi jika janda ditentukan oleh dirinya sendirinya.....

Bagi aku, kalau setakat menaikkan mas kahwin minima 2 atau 3 ribu bukan perkara yang mustahil. Kita tengok lelaki sekarang, banyak pembaziran yang mereka lakukan oleh lelaki seperti merokok. Kira sendiri berapa batang rokok yang dibakar itu dan berapa belanjanya sehari. Tapi bila mas kahwin tinggi dikatakan membebankan. Jika seseorang wanita meletakkan mas kahwin yang tinggi tidak bermakna wanita itu mahu membebankan bakal suaminya atau si perempuan itu bersifat materialistic, tetapi mengajar lelaki supaya lebih bertanggungjawab dan tidak merendah-rendahkan martabat kaum hawa. ....
Mustahil mas kahwin yang tinggi membebankan lelaki. Di Malaysia, bumi yang kaya hasil bumi dan tanah yang subur. Campakkanlah apa saja benih pasti akan tumbuh subur. Tidak seperti tanah Arab atau Negara yang tandus. Bila ada lelaki mengatakan kenaikan mas kahwin adalah suatu membebankan, itu tandanya lelaki pemalas. Kita haruslah berbalik pada yang asal iaitu al Quran dan hadis. Si suami harus bersyukur apabila si isteri malaksanakan tanggungjawab sekalipun sama-sama bekerja untuk meningkatkan ekonomi rumah tangga. Bagi aku berapa nilainya mas kahwin aku nanti bergantung kepada keadaan semasa. Bagi perempuan yang meletakkan mas kahwin yang rendah, janganlah pula si suami merendah-rendahkan isteri. Jika kita faham tentang Islam, mudah bagi kita melaksanakan rukun-rukunnya. ....
Sebelum aku akhiri coretan blog ini, aku nak minta maaf kalau ada yang terasa . tapi apa yang aku tulis ni sesuatu yang betul. Kalau korunk ta puas hati, jangan malu jangan segan untuk mengepost komen ye.. k la, aku pun da penat menaip blog ni. Nanti aku akan kembali dengan isu yang lain. Semoga korunk sentiasa bahagia dan ceria selalu. Bye....

Bye, SaYOnara, La-Gon, ZaiJiaN....

Hikayat Seorang Pembanteras Zombie


pada masa dulu,tidak tercatat tarikh dalam mana2 buku sejarah, terdapat seorang pegawai CIA wanita telah ditugaskan untuk membanteras zombie2 yang sedang mengganas di sebuah pekan yang tak diketahui lokasinya... keaadaan bandar tersebut sangat huru hara dan dipenuhi zombie2...
beliau dengan gigih membunuh kesemua zombie2 tersebut sanggup menggadai nyawa....
berhempas pulas menyelamatkan nyawa manusia yang terancam sebelum di makan zombie...

............................................

digambarkan zombie2 itu berwajah sangat hodoh... lbh hodoh daripada hantu galah, jerangkung atau sama dengan waktunya... semasa beliau berperang dengan zombie2 berkenaan, tiba2 dia telah digigit oleh zombie lelaki dan pengsan...
akhirnya dia membuka mata dan tersedar semuanya hilang sekelip mata


p/s: jangan main Typing or Death tengah2 malam....

Mengarut....


Semalam kawan aku bagi aku satu lagu... bertajuk TIK TOK by Kesha
aku pon dengar la... lagunya agak ok.. tp bila diperhatikan liriknya agak mengarut...

" Before i leave brush my teeth with a bottle of Jack..."

Jack atau pon Jack Daniel's adalah sejenis alkohol dan alkohol memudaratkan kesihatan...
aku tau pun sebab aku salah seorang pelajar food service... and as a foodservice student, i should know about this.

berbalik pada kisah pertama tadi, kesha use alcohol to brush her teeth? owh.. dat gross...
macammana seorang boleh gunakan arak untuk memberus gigi...


dan lgu kesha terbaru, Bla bla bla...

"just turn around boy lemme hit that
don't be a little bitch with ur chit chat
just show me where ur dicks at"

kesha mau semua lelaki show where their dicks?
owh... disgusting... gross...


p/s: listen to the lyrics some times...

Kenape Saya Suka Rumah Saya


kenape saya suka rumah saya?
sebab kat rumah boleh makan sedap2...
kat hostel makanan mahal ta sedap plak tu

kenape saya suka rumah saya?
sebab sy boleh buat macam2...
contoh nya KDK..ngahahaha
klau kat hostel ta ley KDK... segan.. nanti roomie mengumpat...
jatohla saham i...ngeh3

kenape saya suka rumah saya?
kat umah ade streamyx...
kat hospel terpakse guna broadband
lembab macam siput ngroookk2
siput ngrookkk2 pon lbh laju dr line tenet

kenape saya suka rumah saya?
sebab ada family...
family is important to me...=)
boleh gado2 ngan kakak i hari2
ngeh3
i love my family...

pada aku, rumah adalah tempat menyenangkan... sebab sbg ank perempuan, bila da kawen dia akan ikot suami dia... nak balik umah maybe da ta de mase sbb nak uruskan rumah tangga
i love my house

p/s: kepada yang da lama ta balik umah (kampung) balik la.. jenguk2 keluarga especially parents...
mereka menuggu kepulangan anda..


Copyright 2009 Aku!!! Aku Punye Sukela!!!. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy
Presented by Blogger Templates with sponsorship from Poems